Jenis Sekolah : Sekolah Kebangsaan / Sekolah Kerajaan
Kod Sekolah : JBA 3070
Sekolah Kebangsaan LKTP Sungai Sayong (Integ) atau nama ringkasnya SK LKTP Sungai Sayong (Integ), merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Felda Sungai Sayong. Pada 2009, SK LKTP Sungai Sayong (Integ) memiliki 241 pelajar lelaki dan 249 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 490 orang. Ia mempunyai seramai 33 orang guru.
SK LKTP Sungai Sayong mendapat pencapaian yang membanggakan pada tahun 2011 dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) apabila 18 orang murid mendapat 5A. Sekolah ini diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) Fasa 9 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bagi memenuhi ciri SKK, sekolah ini telah menetapkan sukan sofbol dan Bahasa Melayu sebagai bidang kebitaraan bagi sekolah ini. Pelbagai usaha telah dilakukan sepanjang tempoh tersebut bagi memastikan nama SK LKTP Sungai Sayong terus dikenali.
Sekolah Kebangsaan LKTP Sungai Sayong (Integ)
Felda Sungai Sayong
81000, Kulai
Johor, Malaysia
Telefon = +6078978391
Fax = +6078979391
Comments
Post a Comment