MINGGU TRANSISI TAHUN 1 2018

01 JANUARI 2018 - 18 JANUARI 2018

Bermula musim persekolahan yang baharu pada 1 Januari, SK LKTP Sg Sayong menerima murid baharu Tahun 1. Minggu transisi dilaksanakan bertujuan memberikan keselesaan kepada murid untuk membiasakan diri dengan suasana persekolahan formal.

Minggu transisi berlangsung selama hampir 3 minggu. Pelbagai aktiviti di rangka bagi membolehkan murid Tahun 1 dapat menyesuaikan diri dengan baik bersama rakan-rakan, kelas, kawasan sekolah, dan yang paling penting pelajar dapat membiasakan diri dengan guru-guru yang mesra dan baik hati.



Murid sedang melaksanakan aktiviti bersama Cikgu Azhar, seorang guru yang ceria dan berdedikasi.

Murid gembira dengan hasil kerja masing-masing. Satu petanda positif.

Kunjungan Pegawai PPD Kulai pada 15 Januari 2018. Murid begitu tekun mendengar pesanan yang disampaikan.

Penyampaian hadiah bagi aktiviti yang telah dilaksanakan. Bukan main gembira yer.


Minggu Transisi Tahun 1 melabuhkan tirai pada 18 Januari 2018. Pelaksanaan program sebegini sememangnya membantu murid yang baru menjejakkan kaki ke alam persekolahan. SK LKTP Sg Sayong mengucapkan tahniah kepada semua guru, ibu bapa dan murid-murid yang telah menjayakan program ini.


Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.


Selamat Maju Jaya kepada murid Tahun 1 sesi 2018.

Comments